Saturday, July 5, 2014

Betul cakap mak!

Assalamualaikum & Ramadhan Kareem yguys!

Pernah tak dulu mak-mak cakap,

" Peah, kemas barang kau ni jangan bersepah nanti takde laki nak kat kau" 

takpun

" Peah, kau jangan selekeh sangat nanti takde laki nak kat kau".

Kadang bila fikir balik kenapa mak-mak suka cakap macam tu. Dia sebenarnya takdelah nak suruh kita buat kerja semata-mata demi lelaki. Time tu, time kita hingus pun lap tak habis bersih lagi,kita mesti jawab balik " Peah bukan nak kawen sekarang pun mak, takpelah." 

Kita taknampak sebenarnya pesanan mak-mak ni dia takpernah lapuk dek zaman. Evergreen! Sebenarnya dia nak jadikan kau orang semua ni, termasuk aku untuk jadi pembersih dan pengemas. Alasan lelaki taknak tu macam saja je acah-acah bagi kau seram, sebab perempuan memang takut kalau sampai ke tua dia tak laku, yedok?

Memandangkan usia pun dah masuk angka puluh-puluh ni, kadang-kadang aku baru sedar, nasihat mak-mak kita tu berguna dan ada makna juga sebenarnya. 

Kalau lah pengotor sampai ke tua, jangan kata bakal mak mentua,mak kau sendiri pun takde daya nak mengaku 
yang kau tu anak diorang. Akhir kata, berusahalah sehabis daya untuk menjadi orang yang pengemas dan pembersih. Walau kadang-kadang tu rasa malas ya amat, cubalah renung balik apa maksud tersirat di sebalik ayat yang mak-mak suka tegur kita yang sebenarnya ada maksud tu. Cuma kita je yang nak taknak ataupun dibutakan oleh kemalasan. Haaa gitu! 

Akhir kata, aku lebih hidup dengan kawan yang penyepah daripada pengotor. Sekian, wassalam.

No comments: