Wednesday, January 22, 2014

Menjadi isteri itu

Assalamualaikum,

Menjadi isteri itu tidak mudah. Ada yang cakap menjadi isteri tu senang, kena melayan suami je dah okay. Rasanya, tugas dan tanggungjawab isteri bukan sampai takat situ. Banyak sebenarnya tanggungjawab untuk menjadi seorang insan bergelar isteri dan bukan melayan suami semata.

InsyaAllah belum sampai masanya lagi pun aku nak bergelar isteri, tapi serasanya aku faham tugas dan tanggungjawab seorang isteri ni besar dan susah. Taktau mampu ke nak galas tanggungjawab ni untuk masa akan datang.

1. Taat.
     Seorang isteri haruslah taat kepada suami. Taat ni membawa makna yang besar sebenarnya. Berdasarkan hadis di bawah  ni, boleh nampak sejaubh mana kepentingan taat kepada suami.

HAK SUAMI

2. Melayan suami. Haa tang ni macam semua dah arif je. Hmm. cnp

              Sabda Rasulullah SAW:
               Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan                    suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai  waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

3. Mengurus rumahtangga. Haruslah seorang isteri itu menjadikan rumahnya sebagai persekitaran yang                menyenangkan.

4. Menjaga maruah diri, suami dan keluarga serta menyenangkan hati suami dan juga sebagai pendorong dan    pemberi motivasi kepada suami.


Sekian. Tak cukup detail pun point yang diberi, tapi sebenarnya nak tekankan yang tugas seorang isteri itu besar bukannya sikit dan boleh dibuat main-main. Sebenarnya kalau betul nak dalami ilmu munakahat ni better refer kitab supaya tiada kekhilafan ke apa. Tapi secara ringkas inilah summary-nya.

p/s : entry ini sebenarnya untuk sahabat yang bertanya, tiada maksud tersurat dan tersirat pun.
Sekian terima kasih 
Assalamualaikum :)

No comments: