Wednesday, January 16, 2013

For there's every hardship will come a better life.

Assalamualaikum pembuka bicara,

   Sebenarnya tengah mencuri masa ni,alang-alang esok takde test atau OSPE atau kuiz yang perlu ditempuhi. So, aku ambil kesempatan ni untuk update blog ni yang dah agak berhabuk. Peduli lah kalau korang kata blog aku tak laku pun janji aku rajin update sudah laa. Walaupun terfikir dua tiga empatbelas kali jugak laa nak buat entry pasal apa. I mean yang bermanfaat lah kan? Apa guna curi masa untuk study but then tulis benda sia-sia kan? Better aku tulis benda bermanfaat sikit.

     Okay, here we go! Selesai ber-mukaddimah, sebenarnya entry harini macam bersunsur mujahadah dalam diri untuk berubah ke jalanNya waima dalam aspek apa sekalipun. Eceh waima konon Pikok ni! Bukan nak berceramah panjang,cuma nak kongsi benda sikit je. InsyaAllah
ada guna kot untuk korang. Macam ni lah, dalam pada kita nak bermujahadah diri ni,of course kita mesti akan menempuhi banyak gila dugaan kan? Yang senang yang susah. Macam-macam laa, kawan jadi penghalang, komuniti setempat lah, Tapi jangan lah pulak kita lupa Islam tu indah dan suci. Contoh lah, kalau kita dah siap-siap ada kawan and diorang tak boleh nak terima perubahan kita ke arah kebaikan ni kan? Buat seketika be selfish laa kejap, sebab kalau kawan dengan diorang pun jadi penghalang untuk ke arah kebaikan,lagi makin kita susah hati and lagi makin kita marah dengan diorang sebab buat kita teragak-agak nak berubah. 

    It's okay, they'll realized later on, and they'll come back to you.Kita pun boleh tambah kawan jugak dengan berkawan dengan orang yang kita yakin boleh bawak kita ke arah yang baik. At least kita taklah stay in one clique je. Kan ke dah broaden kita punya social skills macam tu? Sebab ada orang share haritu dia kata " Bilamana kita ni tak berkira masa kita dengan Allah, Allah pun takkan berkira masa dengan kita aite? In fact Dia akan kurniakan kita kelapangan dan kesenangan lebih dari apa yang kita boleh bayang. InsyaALLAH."  Tak perlu nak rasa terbeban dengan apa yang kita nak buat kalau apa yang kita nak buat tu ke arah kebaikan. InsyaAllah akan dipermudahkan.

      Senang cerita, kalau ada terlintas di lubuk hati terasa nak berubah. Just go with it! tak payah heran diorang-diorang yang dengki segala tu. Abaikan diorang and teruskan je niat korang. After dah dapat ilmu tu sebar ke orang lain, peduli lah diorang nak dengar ke taknak. Kalau diorang dengar Alhamdulillah, kalau tak dengar tu err? 


Yusuf Ali: Verily, with every difficulty there is relief.




Tapi dalam pada sibuk berdakwah tu kita kena ingat berdakwah-berdakwah jugak, tapi belajar
bukan nombor 2 :) Sekian Terima Kasih.

regards: nurafiqahmdkhir!
Wassalam.

No comments: