Thursday, May 31, 2012

feelings

" Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk :) "
 
it's hurt babe macam gini -.-'
 
Assalamualaikum people
regards : nurafiqahmdkhir 

the unsleep -.-

still craving for ideas........ please do come to me!

0125 hrs

Father : Kalau dapat rayuan Mara tu nak pergi ke?
Me : Of course lah! *gila taknak? 

I'll pray the best for siapa2 yang pergi interview tu. Goodluck! 

regards: nurafiqahmdkhir 

Ideas

Throwing an idea isn't wrong I guess. But, I couldn't find the right explaination. I guess -.-

Tuesday, May 29, 2012

beginning

Trying to be a little bit mature here. I guess :)

Friday, May 18, 2012




Waiting superbly for a miracle from MARA :)



Thursday, May 17, 2012

;')

so true. Nak menangis sampai keluar air mata darah pun tak guna. Tapi tipu kalau cakap tak terkesan langsung dengan result yang dapat. Aku rasa hati aku kebas sekarang  ni sebab rasa nak menangis tapi aku tahankan.

Tak suka bila orang lain cakap :
 "pasal tu je pun nak nangis ke? banyak lagi benda kena harungi nanti. Sikit je tu".

 Mungkin aku letak harapan tinggi sangat sebab tu aku terasa kecewa. Mungkin. Terasa nak tunggu sampai semua orang tidur then nak nangis sorang-sorang. Times like this, membuatkan aku sangat-sangat rindukan suasana maktab. Note that,pertanyaan bertubi-tubi juga sangat meneybakkan hati yea.

" Ya ALLAH tenangkan hatiku, lapangkan dadaku, tenangkan fikiranku, permudahkan urusan seharianku, Kau bukakanlah pintu rezekiMu untukku seluas-luasnya, sesungguhnya Kau Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui. Amin~" 

Assalamualaikum people :)
regards; nurafiqahmdkhir  

Wednesday, May 2, 2012

celestial hopes :)

I'm annoyed! Have a deep passion of becoming a doctor, yet, hoping to become an architect too. Can I be both? Pleaseeeee 0.0

regards: nurafiqahmdkhir 

Monday, April 30, 2012

Terengganu Darul Iman :)

8.30am 26 April 2012;
Bertolak daripada stesen bas Pasir Gudang dengan semangat dan azam yang tinggi
 -____- Dekat 2 jam jugak bazir masa,then turun ke Larkin. Tepat jam 10pagi,perjalanan ke Kuantan dimulakan. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 5jam jadi 8 jam.

4.00pm 26 April 2012 
 Plus, perjalanan yang disertai dengan video dangdut porno lucah. Apakah pakcik bas tu. Entah apa-apa tah!

11.30am 27 April 2012
Berjalan daripada rumah Madi, ke arah sekolah berdekatan untuk menaiki bas. Newbie in town, tak pernah tahu cemana keadaan naik bas tingtong kat Kuantan ni, so follow je Madi. Tiba-tiba migrain menyerang, menahan sakit dengan muka bajet cool HAHA. Dekat sejam menunggu dekat bus stop tu, dengan impian nak hijack basikal budak-budak sekolah yang lalu lalang depan kami. Tapi demi kecomelan mereka, kami tak sanggup. Then berharap macam ada sesapa nak hantar kitorang ke stesen bas. Sangat LAME!

1.00pm 27 April 2012
Singgah makan di KFC berdekatan, telan Paracetamol then tunggu Madi habiskan mashed potato large dia. Sedang khusyuk menunggu bas di platform yang berkenaan,terlihatkan junior-junior yang dikenali e.g Zaim,Long, Sam, dan beberapa yang lain yang tidak diketahui namanya. Sorry guys! Kemudian sejam lagi daripada  masa kami dihabiskan dengan menunggu bas Transnasional ke Kuala Terengganu sambil melakukan aktiviti-aktiviti kurang berfaedah seperti snap gambar sendiri dan main game *ini khusus untuk Madi semata-mata. Kemudian perjalanan kami pun berterusan ke bandar Darul Iman.

Muka tak boleh blah !
HAHA keriangan menunggu bas -___-
8.30pm 27 April 2012 
Sambil  menikmati keindahan alam, kami menungggu datuk Madi mengambil kami di stesen bas. Berbual sampai tak ingat dunia. Sedar-sedar je tengok jam sudah menunjukkan jam 1.30pagi. Ohtidak! harus tidur awal untuk bangun awal untuk esok.

8.30am 28 April 2012
 Pakcik Madi menghantar kami ke Pasar Payang, yang aku rasa tak berapa nak menarik. Kami pun berjalan kaki ke Chinatown *betul ke tak ntah aku eja ni?. Pagi-pagi dah kerah tenaga tapi masih semangat lagi.Pagi kann? HAHA. ThankGod, Pakcik Ismail ada untuk menghantar kami ke Masjid Kristal. Kebetulan ada orang nikah kat masjid tersebut, kami dengan selamba masuk duduk-duduk. Sambil mengambil gambar.HAHA. Nasib pengantin tu tak ajak masuk bergambar sekali.

Kejakunan terserlah.

-_____-



Nampak macam comel :)






Kemudiannya meneruskan perjalanan ke Taman Tamadun Islam. Gambar je yang mampu menunjukkan betapa kami menikmati perjalanan ini. HAHA. Kepenatan tidak terkata.


Binaan yang Amazing!

Masjid Kul Sharif,Russia.

     

Kalau ada benda yang rosak kat situ. Madi punca!


Model sesat -___-
Nyata nampak ke"stress"an Madi :)
Kepenatan!





 2.00pm 28 April 2012
Selepas selesai semua. Bergerak keluar daripada Taman Tamadun Islam.Berjalan kaki sejauh 1.2km nyatanya, tapi rasa macam dah 5kilometer jalan dah  plus dengan backpack yang sangat berat. HAHA dah kehausan, dengan yakin diri cakap " Takpe kat Muzium mesti ada jual air kann?". Sesampai di Muzium,tanya pakcik guard tu kalau-kalau ada jual air tak. Dia jawab "Jumaat Sabtu memang kantin ni tutup" Kami rasa betapa hampehnya kantin terbabit sebab time cuti laa orang pergi tempat-tempat macam ni kann? Kehausan dan kepenatan, namun kami masuk jugak muzium tapi hanya mampu menahan dahaga. Dekat 2 jam jugak round-round dalam muzium, then menapak lagi mencari kedi runcit berdekatan. Selepas hampa apabila 2,3 kedai yang kitorang dah pass-by semua tutup. Akhirnya, kami teruja umpama berjumpa syurga duniawi dah rasanya.HAHA.Minum Air secukup rasa. Kemudian berangkat balik.

5.30pm 28 April 2012
Dah 2 hari tak makan ni rasanya, saat bersipah dengan Madi untuk menunggu Makcik ku di stesen bas Kuala Terengganu. Terus je makan Kuey Tiaw Goreng. Lapar kot masa tu. Dekat 3 jam menunggu,kemudian mereka membawa aku ke Restoran d'Ganu. Mungkin pakcik aku first time experience makan steamboat kot. Tapi apa-apa pun seronok jugak. Malam tu jugak terus balik ke rumah mereka di Kuala Berang. Katanya, tak ada apa pun. Macam Bukit Pasir  je. HAHA. Cuba untuk mendapatkan tidur yang sangat nyenyak akibat kepenatan yang teramat sangat.

9.30pm 29 April 2012
Perjalanan ke Johor Bahru pun bermula.

7.30 am 30 April 2012
  At last! I'm HOME BABE :)

regards: nurafiqahmdkhir  :) 






   

Tuesday, April 24, 2012

A trip :)

Sekarang ni sedang meng"excited"kan diri untuk menyertai trip ke Terengganu. At first macam gempak je nak buat ramai-ramai. But then,end up tinggal aku dengan Madi je yang follow trip itu.Tidak mengapa, perkara kecil sebegini tidak harus diperbesarkan. Cadangannya begini, petang Khamis bertolak daripada Johor Bahru dengan menaikii ba ke Kuantan. Then pada 27 April, Kami akan bertolak ke Terengganu.Katanya Madi dah beli tiket pukul 3.15 petang. -____-

Happy-not-so-backpacking-trip mungkin? Dan aku hanya menyediakan bajet yang sedikit je kali ni sebab mahu berjoli lagi dengan duit yang tinggal habuk je dalam akaun tu. Oh sedihnya! HAHA. Agak menyedihkan sebab Yunie tak dapat ikut Bersabarlahh. :) Kalau bajet mencukupi akan ku bawakan dikau ole-ole yea? HAHA.

regards: nurafiqahmdkhir :)